Thursday, 29 March 2012

Doa-Doa Pilihan


Sahabatku aminkan doa ini memohon penerang hati, "Allahumma nawwir qalbi binuri hidayatika kama nawwartal ardha binuri syabsika ya fattahu ya alimu iftah ‘ alayya fathan qariban , ya fattahu ya alimu.”YaAllah , sinarilah hatiku dengan cahaya hidayah-Mu sebagai mana Engkau telah menyinari bumi dengan cahaya matahari-Mu. Wahai Dzat! yang Maha Membuka lagi Maha Mengetahui. Bukalah pintu hatiku dalam waktu yang dekat. Wahai Dzat, yang ,Maha Membuka lagi Maha Mengetahui.”

Sahabatku aminkan doa ini memohon kesabaran & ketenangan "Allahumma r zuqni nafs’an muthmainnatan tu’minu biliqa-ika wa tardha biqadha-ika .”Ya Allah berilah kami, yang tenang, yang beriman akan saat perjumpaan dengan-Mu dan ridha menerima segala ketetapan-Mu."

Sahabatku, aminkan doa ini memohon berlindung dari segala penyakit . Allahumma inni a’udzu bika minal barashi wal jununi wa judzami wa sayyi-il asqami.”ya Allah aku berlindung pada-mu dari penyakit belang, penyakit gila, penyakit kusta dan penyakit-penyakit lainya.”
Sahabatku, aminkan doa ini memohon menghilangkan galau.. "Inna tawakaltu ‘alal hayyil ladzi ia yamutu wa ia hawla quwwata illa billahil ‘aliyyil ‘azhimi.”Sesungguhnya aku berserah diri kepada yang Maha Hidup yang takkan pernah mati. Tiada daya upaya dan kekuatan kecuali dengan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung."
Sahabatku, aminkan doa ini mohon agar kita menjadi orang yg beruntung, "Allahummaj'al fihi minal mutawakkilina 'alaika waj'al fihi minal fa'izina ladaika waj'alni fihi minal-muqarrabin ilaika bi ihsanika ya ghayatat-talibin." Ya Allah! Jadikanlah kami sbg orang yg bertakwa kepadaMu & jadikan kami sbg orang yg menangis disisiMu & jadikanlah kami sbg orang yg dekat kepadaMu dg ihsanMu, Ya Allah, Engkaulah tujuan orang2 yg memohon."
Sahabatku, aminkan doa ini agar mendapatkan rizki yg tak pernah putus, "Allahuma inni as-alukan na'iimal muqiimalladzii la yahuulu wa laa yazuul, Allahumma innii yaumal khauf." Ya Allah, aku memohon kpdMu nikmat yg kekal, yg tdk berpindah & hilang. Ya Allah, aku memohon kpdMu keamanan pd hari ketakutan."

Sahabatku, yuk aminkan doa ini agar kita mendapatkan rizki yg tak terduga & berkah, "Allahuma ashlih lii diini wa wassi'lii fi daarii wa baarikli fii rizqi" "Ya Allah, perbaikilah agamaku yg menjadi pokok urusanku, lapangkan untukku dalam rumahku dan berkahilah dalam rizkiku."

Sahabatku, aminkan doa ini memohon ditunjukan jalan yg lurus & diterima taubat kita, "Ayyibuuna taaibuuna 'aabiduuna li rabbinaa haamiduun" kami telah kembali, bertaubat, senantiasa beribadah & memuji  kpd Tuhan kami" (HR. Muslim).
Sahabatku, yuk..aminkan doa ini agar terhindar dr sgl penyakit & sehat selalu "Allahuma inni a'udzubika minal baroshi wal junuuni wal judzaami wa min sayyi-il asqoom" Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari penyakit belang, gila, kusta & penyakit2 yg buruk lainnya (HR. Muslim)
Sahabatku, aminkan doa ini memohon kemudahan & kebahagiaan. "Allahuma akhyini maa kaanatil-hayatu khairali" Ya Allah, tetap hidupkanlah aku sepanjang hidup itu adalah baik bagiku," (HR. Muslim, Ahmad, Abu Dawud, Ibnu Majah).
Sahabatku yg disayang Allah, aminkan doa ini agar Allah mengubah air mata kita menjadi senyuman. "Ya Allah, lihatlah air mata kami ini, kepedihan dihati kami. Hanya Engkaulah sumber kebahagiaan kami, ku mohon ubahlah kesedihan kami menjadi kebahagiaan dan ubahlah air mata kami menjadi senyuman.".
Sahabatku, aminkan doa ini mohon agar kita menjadi orang yg beruntung, "Allahummaj'al fihi minal mutawakkilina 'alaika waj'al fihi minal fa'izina ladaika waj'alni fihi minal-muqarrabin ilaika bi ihsanika ya ghayatat-talibin." Ya Allah! Jadikanlah kami sbg orang yg bertakwa kepadaMu & jadikan kami sbg orang yg menangis disisiMu & jadikanlah kami sbg orang yg dekat kepadaMu dg ihsanMu, Ya Allah, Engkaulah tujuan orang2 yg memohon."
Sahabatku, aminkan doa ini memohon ampunan-Nya, “Allaahumma innaka ‘ afuwwun kariim,tuhibbul ‘afwa fa’fu annii” Ya Allah, Engkau Maha memaafkan lagi Maha Mulia. Engkau suka memaafkan,maka maafkanlah aku.”.
Sahabatku, aminkan doa ini memohon kemudahan & kebahagiaan "Allahuma akhyini maa kaanatil-hayatu khairali" Ya Allah, tetap hidupkanlah aku sepanjang hidup itu adalah baik bagiku," (HR. Muslim, Ahmad, Abu Dawud, Ibnu Majah).

Jom mengaji dan hafal surah Al-Waqi`ah


Surah Al Waqi`ah dan terjemahan


Kelebihan Surah Al - Waqiah


Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”


Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”

Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.

Di dalam surah Al-Waqi’ah terkandung beberapa khasiat dan kelebihan, antara lain:
  • Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.
     
  • Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah.
     
  • Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), insyaAllah di tunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.
     
  • Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat Isya’. InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan di jadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.
     
  • Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat. Setiap selepas solat fardhu bacalah Surah Al-Waqi’ah ini sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya; pada malam Jumaat berikutnya itu, selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isya’ bacalah surah ini sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat keatas Nabi sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah surah ini sekali pada waktu pagi dan petang. Insya’Allah berhasil.
     
  • Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaAllah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca disisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.

Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya:
  • Bila hendak mengamalkan surah Al-Waqi’ah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Puasanya “tidak memakan sesuatu yang bernyawa / tidak makan ikan, daging, segala haiwan, hanya makan sayur-sayuran sahaja.

    Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 25 kali. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isya’ pada Jumaat berikutnya.
     
  • Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 125 kali kemudian selawat 1000 kali.                                                                            

Read more: http://foren-6.blogspot.com/2011/09/kelebihan-surah-al-waqiah.html#ixzz1qYhznC1Z

Peranan Suami Ketika Isteri Berbadan Dua

Berita tentang kehamilan isteri pastinya menggembirakan suami terutama bagi yang pertama kali menjadi bapa. Namun senyuman lebar itu saja tidak cukup untuk membantu isteri yang hamil. Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertanggungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif pada saat itu. Isteri sangat memerlukan perhatian daripada suami yang disayanginya.

Di sini WanitaSihat memperturunkan beberapa tips buat lelaki muda yang akan atau bakal berdepan dengan situasi di mana isteri berbadan dua. Diharapkan dengan panduan ini, golongan lelaki lebih tahu tentang peranan serta cara menghadapi karenah isteri yang pastinya pelbagai hingga mampu mencabar kesabaran mereka sebagai seorang suami.

1. Melakukan banyak amalan sunat
Perkara-perkara yang perlu diamalkan oleh suami ketika isteri mengandung ialah suami hendaklah banyak bertaubat kepada Allah SWT.  Suami hendaklah rajin mengerjakan solah berjemaah dan rajin menghadiri majlis-majlis ilmu. Perbanyakan membaca Al-Quran dan mengharapkan agar anak yang ada dalam kandungan isteri akan memahami keinginan baik yang terkandung dalam Al-Quran tersebut.

Lebihkan membaca surah Al Fatihah, Luqman, Yasin, Yusuf, Surah An Nahl ayat 78, surah Al A’raf ayat 189 dan ayat Kursi. Selain itu, suami juga digalakkan berpuasa sunat, pada hari Isnin dan Khamis. Suami hedaklah kerap solat sunat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat.

2. Kongsi Maklumat Kehamilan
Kehamilan membawa perubahan kepada isteri, baik secara fizikal ataupun emosi. Isteri yang dahulunya lincah dan segar, akan mula mudah penat, pening dan muntah-muntah. Sikapnya juga semakin sensitif, mudah menangis dan marah walaupun untuk perkara yang anda rasakan tidak perlu. Kepada lelaki, anda jangan sekali-kali bingung dengan perubahan ini. Ini kerana ia merupakan sesuatu yang normal dan kebanyakan wanita hamil akan melaluinya.


Walaupun berlaku perubahan pada isteri anda, itu tidak bermakna anda tidak boleh banyak membantu. Sebagai seorang suami yang memahami, carilah sebanyak mungkin info tentang perubahan fizikal dan emosi yang dialami oleh isteri. Selepas itu, cuba kongsi pengetahuan anda dengannya. Dia pasti teruja dengan apa yang anda ketahui. Perhatikan juga perkembangan kehamilan isteri anda, misalnya mendengar denyut nadi dan merasai pergerakan-pergerakan yang dilakukan oleh bayi.

3. Jaga Pemakanan Isteri
Ramai suami yang mengabaikan aspek ini apabila isteri hamil dengan alasan si isteri tahu apa yang terbaik untuk diri mereka. Tanggapan ini salah kerana seiring dengan perubahan tubuhnya, wanita hamil juga memerlukan beberapa zat tertentu mengikut peringkat kehamilannya. Sebagai suami yang prihatin, pastikan isteri anda menjaga pemakanannya dengan kesihatan janin dan dirinya.

Jika mempunyai masa, apa salahnya luangkan masa untuk menemani isteri menjamu selera atau makan bersama-sama dengannya. Anda juga jangan kedekut untuk berbelanja lebih untuk membelikan makanan berkhasiat untuk isteri. Tidak hanya soal pemakanan, isteri juga memerlukan masa rehat yang mencukupi agar pembesaran janin tidak terganggu. Ketika inilah suami perlu lebih ringan tulang membantu isteri melakukan kerja-kerja rumah. Sikap anda yang sebegini, pasti membuatkan isteri terharu dan bertambah menghormati anda sebagai seorang suami.
4. Menjaga Perasaan Isteri
Suami hendaklah menunjukkan rasa kasih sayang terhadap isteri, sebagai teman hidup yang paling dekat. Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri.


Apabila berlaku perselisihan faham, selesaikan dahulu  sebelum masuk tidur. Yang paling penting, jangan mudah mengeluarkan perkataan talaq kepada isteri.
5. Memahami Pengorbanan Isteri
Mengandung merupakan beban dan tekanan terhadap wanita. Dari segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat. Jantungnya mengepan darah 40% lebih daripada keadaan biasa. Buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya. Wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi.


Waktu pantang dan selepas kelahiran, bayi juga dapat menimbul kan tekanan jiwa dan emosi isteri kerana ia harus menyusu dan membersihkan bayi antara 2-3 jam setiap malam. Suami yang baik akan berusaha mengurangi beban isteri dan turut menjaga bayi di waktu malam. Begitu seterusnya perhatian dan tanggungjawab suami terhadap isteri itu berterusan, semenjak hamil sehinggalah menjaga anak adalah pekerjaan yang harus dibantu oleh suami agar isteri dapat merasakan kebahagiaan dan keringanan dalam menjalankan tanggung- jawab yang berat itu.
6. Hindari Stress
Sewaktu hamil, jangan sekali-kali memberikan tekanan kepada isteri. Anda sebagai suami perlu mengelakkan isteri daripada berdepan dengan sebarang masalah. Jika boleh, anda cuba selesaikan masalah yang dihadapi tanpa memberitahu isteri. Jika terpaksa, beritahu isteri dengan cara yang paling santai agar isteri tidak terkejut mendengarnya.


Selain itu, jangan sekali-kali membenci perubahan bentuk tubuh isteri. Sebaliknya kagumi bentuk tubuhnya dan katakan isteri anda kelihatan lebih seksi ketika hamil. Kata-kata anda mampu menenangkan hatinya dan mengelakkannya tertekan memikirkan anda mungkin mencari wanita lain yang lebih seksi di luar sana.
7. Temani Isteri Berjumpa Doktor
Kesudian anda menemani isteri untuk bertemu dengan doktor bagi mendapatkan rawatan memberikan makna yang cukup besar kepada isteri. Isteri akan berasa diri mereka disayangi dan dihargai. Ia juga menandakan seseorang suami itu prihatin dan menyanyangi isteri serta anak yang dikandungnya itu. Namun ada juga suami yang mengambil mudah tentang perkara ini.


Mereka sanggup membiarkan isteri yang sarat hamil memandu sendiri atau menaiki bas untuk mendapatkan rawatan di klinik. Emosi isteri pastinya akan terganggu apabila melihat wanita lain ditemani suami masing-masing ketika mendapatkan rawatan. Situasi ini sangat tidak sesuai buat isteri dan sebagai suami yang yang bertanggungjawab, anda perlu mengelakkan perkara ini daripada berlaku. Berikan isteri anda semangat dan sentiasa menemaninya sewaktu susah mahupun senang.
8. Berada Di Sisi Apabila Isteri Bersalin
Suami yang soleh akan turut merasakan penderitaan isterinya walaupun tidak secara langsung. Suami harus banyak terlibat dalam proses jagaan kehamilan, kelahiran bayi dan perhatian terhadapisteri. Suami hendaklah memberi motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan bersabar, di samping itu suami harus banyakkan berdoa dan beristigfar dan selawat. Dengan cara ini perasaan isteri akan menjadi tenang dan mudah bersalin. tika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut,
” La ila ha illa anta subha naka inni kun tu minadzolimin “
Maksudnya
” Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Maha Suci. Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim. “

Nota:
Sekiranya anda mampu melakukannya, tidak mustahil sikap anda yang pada mulanya kurang sabar dengan karenah isteri akan berubah menjadi lebih memahami dan empati. Sikap anda yang prihatin, pastinya akan menambahkan rasa cinta isteri terhadap anda. Fahami perasaan dan pengorbanan isteri yang mengandung anak dari benih anda juga.

Petua Islam Penawar Kepenatan

Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya. Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti.
 
Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua. “Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam.”

Dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca ‘Subhanallah’ (33 kali), ‘Alhamdulillah’ (33 kali) dan ‘Allahuakbar’ (33 kali) pada setiap malam isitu sebelum melelapkan mata. Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan), Insya-Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.

tujuh kalimat


Sabda Rasulullah S.A.W
" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta
diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "

1.
Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2.
Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3.
Mengucap Astagfirullah jika lidah tersilap perkataan yang tidak patut

4.
Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5.
Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6
. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

7.
Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah- mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah- mudahan selalu, walau sambil lalu mudah- mudahan jadi kelaziman, kerana sudah biasa!

PETUA IMAM SYAFIE



4 PERKARA UNTUK SIHAT
Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan
bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat
malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak
dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Ciri-ciri wanita yang menjadi idaman lelaki ialah:



1. Berpegang Kepada Agama

Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah Islam. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini.
2. Kecantikan Dalaman
Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki. Kalau cantik, tu dikira sebagai BONUS.
Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.
3. Manja
Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Namun begitu, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tidak sesuai kerana ia akan menampakkan wanita itu seperti kurang matang.
4. Pandai Menjaga Kecantikan

Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.
5. Berakhlak Mulia
Wanita yang berakhlak mulia dikenali juga sebagai wanita solehah. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan merupakan tunjang kejayaan suami.

6. Tidak Mempamer Keseksian
Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tidak suka menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita tu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.
7. Tidak Cerewet


Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Mengapa pula? Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki merasa jemu dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil.
8. Memahami Lelaki
Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu bersuara, dia itu sudah dapat membaca riak wajah suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.
9. Sejuk Mata Memandang
Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Ciri-ciri Wanita Sejuk Mata Memandang seperti di bawa ini:
  • Bersopan satun
  • Sentiasa memaniskan wajah
  • Sentiasa memberikan senyuman ikhlas
  • Menutup aurat
  • Ramah dan mesra
  • Tidak terlalu cemburu
  • Menghormati orang lain
Baiklah saudari dan saudara.
Inilah 9 ciri-ciri wanita yang menjadi idaman lelaki. Jadikan tips yang terakhir ini sebagai rutin harian dalam hidup. Sebelum tidur, cuba menilai atau memuhasabah diri kita kembali. Cuba lihat di mana kelebihan dan kekurangan diri kita serta apa yang telah kita capai pada hari ini. Andai kita mampu mengatasi kelemahan diri sendiri, teruskan memperbaikinya dengan secara beransuran dan fahami bahawa kelemahan itu wujud supaya kita tahu apa kekuatan diri kita. Sepertimana Dr Fadhillah Kamsah mendidik jiwa kita agar senantiasa mengamalkan sifat saling memaafi antara satu sama lain pada setiap malam sebelum melelapkan mata dan menikmati alam keindahan bermimpi.

Lantas, gunakan kelebihan dan kekuatan yang ada untuk mencipta kecemerlangan dalam diri untuk kebaikan bersama. Ingatlah bahawa setiap keindahan dan kesempurnaan itu hanya milik sang penakluk jiwa para hamba-hamba-NYA, yakni sang KHALIQ yang Maha Pencipta. Manakala pada kecacatan, keburukan dan kelemahan adalah ciptaan manusia itu sendiri termasuk diri kita yang dhoif di hadapan ALLAH Az Wajalla jua.
Sabda Rasulullah S.A.W yg bermaksud; “Sebaik-baik kalian adalah orang yg baik terhadap keluarganya, dan saya adalah orang yg paling baik pada keluargaku, tidaklah menghormati pada wanita kecuali org yang mulia dan tidaklah menghinakannya kecuali orang yang tercela.”
Semoga bermanfaat!

4 perkara sebelum tidur




Rasulullah  berpesan  kepada Aisyah ra: "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu:
1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....

"Bertanya Aisyah:
"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara
seketika?"

Rasul  tersenyum dan bersabda:
1.  Jika engkau tidur bacalah: Al Ikhlas tigakali seakan-akan kau
     mengkhatamkan Al Qur'an.
2.  Membacalah  sholawat  untukKu  dan para nabi sebelum aku, maka kami  semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
3.  Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai
     kamu.
4.  Dan,  perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka
    seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah& nbsp; haji dan              umrah"






Info :-

Sebelum tidur:
1) Bacalah surah   Al-Ikhlas tiga kali
2) Selawat ke atas Nabi
3) Membaca   tasbih

Amalan harian:
1) Sentiasa membaca   Al-Quran
2) Memelihara   solat terutama solat fardu
3) Menghormati (jangan bercakap) waktu azan   diperdengarkan
4) Membaca tasbih
5) Membanyakkan sedekah
6) Sentiasa   berzikir menyebut Allah

Amalan yang perlu dijauhi:
1) Dusta
2)   Khianat
3) Mengadu domba
4) Kencing berdiri

Sabda  Rasulullah saw yang bermaksud: "Bersuci kamu sekalian dari buang air  kecil kerana sesungguhnya kebanyakkan seksa kubur itu dari sebab buang  air kecil."

jangan , jangan , dan jangan ..


Jangan, jangan dan jangan
Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.
Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.
Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal
(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan
Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa
kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan.Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan
terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.


ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.
Wasalam
"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."
(Surah Al-Ahzab:71)

doa amalan yang mujarab !


From Dr. Fatma's tafsir Al-Quran class

How to use the Surah Al Fatihah

1. To make someone (YOUR Husband, your children) think of you all the time :
* Read the Al-Fatihah 14 times before going to sleep.

2. For terminal diseases:
* Read the Al-Fatihah 41 times and blow it in the water. Drink and take a bath with that water.

3. For the mentally ill:
* Read the Al-Fatihah 7 times while rubbing the person's head once in the morning and once at night, everyday without fail.

4. When in extreme pain:
* Read the Al-Fatihah 3 times and blow it in a glass of water and drink it.Then, read the Al-Fatihah while rubbing the area that is in pain.

5. For babies who cry at night or at any time:
* Read the Al-Fatihah 7 times while rubbing the baby's head.

6. For injury : ex: Cut, Bee sting, Bleeding, Finger got slammed by the door)
* Read the Al-Fatihah 3 or 7 times, using your thumb, take your saliva from the "langit-langit" of your mouth and rub it onto the injured area.

All of the above INSYAALLAH will work with several conditions:
* Believe that the Al-Fatihah is the best "penawar" for everything
* Read it with full "khusyuk"
* Tawakal to Allah
* Use it with GOOD "niat" /intentions.

Untuk yg berhajat: (percepatkan jodoh, memanjangkan jodoh,dikurniakan cahaya mata, sembuhkan penyakit, elakkan dari malapetaka,diampunkan dosa dan sebagai nye):
* Dilakukan pada hari Jumaat selepas sembahyang Asar sehinggalah masuknye waktu Maghrib.
* duduk menghadap kiblat
* lakukannye dgn khusyuk dan yakin yg Allah akan membantu kita
* Baca lah Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Allah berulang-ulang
sepanjang-panjang kita duduk selepas sembahyang asar sehinggalah masuknye waktu maghrib.
* Masuk sahaja waktu Maghrib, di kala the first "Allahuakbar" dilaungkan, terus lah angkat tangan dan
berdoa kepada Allah yg MAHA berkuasa dgn apa yg dihajati.
~{!$~} Buat sebanyak 3 Jumaat berturut turut.
Mintak lah yg baik baik. Niat biar baik. InsyaAllah akan dimakbulkan oleh Allah. Wallahualam.

Notes taken fm Ust Fatma's last lecture session taken by her closest friend, Ani:-

Untuk awet muda both internal & external.
1.Zikir - Baca
" Ya Badiyah " 1 x
" Ya Nur " 1 x
" Ya Hadi " 1 x
" Ya Allah " 3 x

Baca dan tiup ke tapak tangan dan sapu ke raup muka kita pada tiap hari.

2.Baca ayat Al Waqiah , ayat ke 35,36,37 dan 38, pada tiap selepas sembahyang subuh ke air dan minum. (air rawatan dalaman to look young and feel young inside)

3.Baca Al Waqiah tiap tiap hari sebelum tidur kita akan kaya dengan ketenangan jiwa.

4.Baca Al Waqiah Ayat 19 untuk yang selalu sakit kepala. Moga
moga boleh menghilang/meredakan.

Doa dan wirid untuk pelajar


1. SURAH AL FATIHAH – Doa pembuka kepada segala urusan
2.  SURAH AL 'ALAK (Ayat 1 – 5) - Anak kunci segala ilmu
3. SURAH ASY-INSYIRAH – Untuk melapangkan and melegakan hati
4. SELAWAT NABI S.A.W – Doa terang hati
      Dibaca 11 kali dikala hendak ke sekolah.
5. SELAWAT NABI S.A.W. – Doa terang hati
"Ya Allah restulah dan sejahterakanlah junjugan kami Muhammad hambamu dan pesuruhmu yang ummi dan di atas keluarga dan sahabat baginda semuanya."
  1. SELAWAT NABI S.A.W – Pembuka pintu hati
"Kesejahteraan kemuliaan seluruh bulan sekelilinginya beribu-ribu di atas junjugan pesuruh yang amat tinggi.
Ya Allah Ya Allah. Wahai Pembuka segala ilmu. Wahai Yang Maha Mengetahui segala ilmu. Ya Allah engkau bukakanlah pintu hati kami dengan pembukaan yang sepenuhnya."
7. WIRID SUPAYA ALLAH REDHA DENGAN USAHA KITA
Mudah-mudahan tidak menjadi seorang muslim professional yang munafiq, tidak terikut-ikut sikap orang Nasrani dan Yahudi (Nasihat dari Prof. Ustaz Hashim Yahya, Mufti Selangor)
Radiitu billahi rabba, wabii islaami diina, wabi muhammadin sallallaahu 'alaihi wasallaam nabiyan wa rasulla.
Telah bersabda Rasul: Barangsiapa yang berkata ketika petang (zikir yang tersebut) Allah tetap akan meredhakannya (Riwayat Tarmizi)
8. DO'A MUDAH FAHAM DAN MUDAH HAFAL
Allahummarzuqna ya Rabbi fahman-nabiyin, wa-hifzal-mursalin, wa-ilhamal-mala-ikatil-muqarrabin fi-afiatin ya arhamar-rahimin.
"Ya Allah! Kurniakanlah kami fahaman para nabidan hafalan para rasul serta mendapat ilham para malaikat yang hampir denganMu juga kurniakanlah kami kesihatan wahai Yang Amat Mengasihani."
9. DOA SUPAYA MENJADI PAKAR TENTANG SESUATU PERKARA
"Ya Allah, terangkanlah hatiku seperti terangnya hati-hati orang yang arif. Fahamkan aku perkara agama ku."
10. DO'A MENDAPAT ILHAM ATAU IDEA YANG BAIK
Allahumma alhimni rusydii wa a'idznii min syarri nafsi.
"Ya Allah, berilah aku ilham petunjuk (kecerdasan) dan lindungilah aku dari kejahatan nafsuku."
11. DO'A KETIKA HENDAK BERSYARAH ATAU BERBAHAS
Rabbisy rahli sadri wa yassirli amri wahlul 'uqdatan min lisani yafqahu qauli
"Ya Allah! Lapangkanlah dadaku, mudahkanlah pekerjaanku (urusanku) dan lancarkanlah lidahku agar mereka faham pembicaraanku."
12. DO'A MOHON DITAMBAH ILMU DAN KEFAHAMAN
Rabbi zidnii 'ilman warzuqni fahman
"Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu dan berilah aku kefahaman (pengertian yang baik dan fahaman).
13. WIRID UNTUK MENDAPAT ILMU DENGAN HIKMAH
Ya 'Aliimu Ilman Hikmah"Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui Ilmu Yang Berhikmah"
14. WIRID UNTUK PELAJAR
Dibaca selepas solat (7 kali) supaya diberi petunjuk, ilmu, kepakaran yang nyata.
Ya Haadii Ya "Aliimu Ya Khabiru Ya Mubiin.
"Wahai Tuhan Yang Maha Memberi Petunjuk, Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui, Wahai Tuhan Yang Maha Waspada Wahai Tuhan Yang Nyata"
Wirid ini adalah sebahagian dari wirid susunan Ahmad Asrory Al Ishaqy.
15. DOA UNTUK MENDAPAT HIKMAH
Ya 'Aliimu Allimni Hikmah
"Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui, ajarkanlah aku hikmah".
(Nasihat dari Ustaz T.M. Fouzy Jumat)
16. DOA KETIKA KEGELAPAN FIKIRAN (mental block)
Dibaca sewaktu menduduki peperiksaan
Ya Haadi, ihdinii.
Wahai Tuhan Yang Memberi Petunjuk, tunjuki aku"
Imam Ahmad bin Ali Albunni mengatakan, Nama Allah ini adalah lafaz zikir malaikat Israfil. Apabila kita berada dalam kegelapan fikiran, kita baca doa tersebut, insya-Allah seketika itu juga kita akan memperoleh petunjuk. Boleh juga dibaca seketika sesat jalan.
17. WIRID UNTUK MENJADI BIJAK PANDAI
Ya Rasyidu – Dibaca sebanyak mungkin selepas solat
"Wahai Tuhan Yang Maha Pandai"
Jika kita ingin menjadi orang yang bijak pandai, di samping kuat belajar dan menuntut ilmu pengetahuan dan mengembangkan bakat masing-masing, eloklah bermohon kepada Allah dengan berulangkali berzikir kalimah di atas sebanyak mungkin, semoga akan berjaya.
18. WIRID UNTUK "MELIHAT" YANG DI RAHSIAKAN
Alaa Ya'lamu Man Khalaq Wahuwal Lathiiful Khabiir "Tidakkah Dia mengetahui apa yang Dia ciptakan, sedangkan Dia Maha Halus lagi Maha Mengetahui".
Jika dibaca 9 kali ketika hendak tidur dan beristiqamah dengannya, insya-Allah ia akan bermimpi dan melihat dalam tidurnya akan sesuatu yang dikehendakinya. Jika diamalkan selalu insya-Allah akan didorongkan untuk belajar perkara yang akan disoalkan dalam sesuatu peperiksaan. Boleh juga dibaca ketika mengalami suatu masalah dalam pelajaran atau projek.

Surah Yasin-Pengertian Setiap Ayat


Ayat 1  - 9 - Untuk keselamatan diri
Ayat 9 - Orang jahat tak nampak kita  especially orang kafir.
Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin -  Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan  mukminat.
      
Ayat 13 - 35 - Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.     
Ayat 22 - 23 - Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.
  
Ayat  29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan  mulut.
 
Ayat 29Utk  digunakan  jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok selepas baca di  semburkan ke muka orang  tsbt.  
Ayat 30 - Untuk keinsafan - Supaya dapat  dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal  dengannya).    
Ayat 32 - Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi  baik...
Caranya:Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t, Kita umat  Muhammad,Kita orang Islam dll.
 
Ayat 33 - 35 - Elok dijadikan amalan  bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.
Ayat 36Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini
dijadikan  berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum  berkahwin supaya di pertemukan jodoh. Caranya: Baca dan berdoa,hembus dan  sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

 
Ayat 37 - Adalah untuk  menetapkan hati - aqidah diri sendiri... Hati yang kering akan hidup  semula.  
Ayat 38 - Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada  Allah s.w.t. yang satu.                  
Ayat 39 - Mengisahkan ilmu  falak.
         
Ayat 40 - Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.  
 Ayat  41 - Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal Elok dibaca sewaktu menaiki  kenderaan.          
Ayat 44 - Mengisahkan keseronokan hidup di dunia -Dibaca  untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.  
Ayat 45 - 48 - Merupakan kedegilan  orang kafir kepada Allah s.w.t.
               
Ayat 49 - Menceritakan hari akhirat  dan kehidupannya.
Tiupan pertama - Datang dengan tiba-tiba
Tiupan ke-dua   - Hancur
Tiupan ke-tiga   - Semua orang di hidupkan semula  dan hadir di padangMahsyar.

        
Ayat 50 - Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.
Ayat 58 - Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan  sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.
Ayat 76 - Dibaca untuk  mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan.
            
Ayat 76 - Jika  hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada,  bacalah ayat tsbt.
Ayat 78 - 79 - Dikhaskan untuk sakit urat, tulang  dan badan. Untuk doa bermula daripada Ayat yang bermaksud: "dia berkata,  Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah  hancur?"(Ayat 78 dan 79)- Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang  patah.Doktor di hospital pun tanya dia utk rawatan patient mrk dan Dr  Fatimah berikan ayat ini.
Ayat 79 - Katakanlah, Yang akan  menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha  Mengetahui tentang segala makhluk."
Ayat 82 - Untuk Hajat - Jika  berhajat sesuatu, bacalah 100x. Dibaca pada air dan minumselama 40 hari  -boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari.  Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut, Baca pada air [100x) Dan  berdoa apa sahaja hajat.

Perlu Baca Dengan  Penuh Keyakinan:
Yasin is the jantung of Al-Quran
Know the meaning  of ayat-ayat in Al-Quran
Yasin memudahkan yang susah. As such read  Yasin:
                      o Child is sick
                      o Feeling troubled.
                      o Memudahkan urusan
                      o  Memudahkan perjalanan
                      o As selusoh (to ease pain when giving  birth)

Read Yasin (3x) over water
Read 3 Qul (three times  each) Fatihah
Baca Yasin sebelum tidur, seperti khatam Quran  (10x)
Jika baca Yasin sebelum tidur serta faham maksudnya sekali,  sekira mati dalam tidur, dosa diampunkan.
Ayat 9 -  "Waja'alna...."
Lindungi rumah dari pencuri - baca dan tiup  di tiap-tiap penjuru rumah..

Lindungi diri dari dianiaya
Bagi  perlindungan diri dan rumah semasa tidur
                           Baca Ayat 9
                           Fatihah
                           Read 3 Qul (three times each)
                           Ayat Kursi
Ayat 29 - "In kanat  illa...."
Untuk mendiamkan orang yang selalu melempar kata-kata  buruk/tidak menyenangkan kepada anda.
Ayat 36 - "subhanallazi.."
Untuk cari jodoh * Tiup 7 kali dalam tangan dan sapu ke muka pada pagi hari
                             
Ya Wadud (3x)
Ayat 58 - "Salamun..."
                       -  Jika sakit  anggota
                       -  Tak tenang hati
Baca (7 x) dan gosok pada tempat  sakit
Ayat 76 - "Falayahzun.."
                       -  Bila rasa sedih
                       -  Untuk  menenangkan hati
                       -  Gosok jantung sambil baca
Ayat 78 - 79 "dari  Yuhyil Wahiya..."
                            Tulang patah
                            Sakit sendi
                            Sakit  lutut
Ayat 82 - "Innama amruhu.."
                            Jika mandul
                            Untuk  mengubati kanser atau tumbuhan dalam badan Dry method
                          
Sembahyang  tahjud
sembahyang hajat
Doa minta hajat
Baca ayat 100 x  dengan yakin
 
Amalkan 41 malam Wet method (untuk menyembuh penyakit  dalam badan)
Seperti di atas, Bila baca ayat, tiup dalam air Minum 1  cawan air pada
pagi hari sebelum makan / minum benda lain Doa sambil minum Untuk 41 pagi
Wallahualam.
Yang penting sesuatu itu yang  hendak kita lakukan dengan .. innamal aa'maalu binniat.. dan ikhlas  melakukannya.
Dalam YASSIN merangkum:
                        Ilmu Pertanian
                        Ilmu  Falak
                        Ilmu Laut
                        Ilmu Kiamat
                        Ilmu Ciptaan Manusia
                        Ilmu  Binatang
                        Ilmu Kenabian
Surah Yassin ini hendaklah dibaca ketika  orang sakit, tengah nazak nak
mati atau sudah meninggal dunia. Baca disisi  mereka dan bukannya di kubur.
(terutama ayat 12) -- sebab kenapa kita perlu  baca, agar orang yang sakit
berada dalam kesenangan dan orang yang masih  hidup insaf bahawa esok, lusa
kita akan menyusul jua.

Wallahualam.